myMetro

Kuala Lumpur: Beberapa kawasan di Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada 8 pagi 8 Ogos ini hingga 12 tengah hari 9 Ogos.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor Amin Lin Abdullah berkata, bekalan air itu terganggu berikutan pelaksanaan kerja penggantian perkakasan sistem agihan air di Bukit Mahkota, Bangi.

Kawasan yang terjejas di daerah Bangi ialah Taman Wawasan, Bandar Baru Bangi Seksyen 1, Seksyen 2, Seksyen 3, Seksyen 3 Tambahan, Seksyen 14, Seksyen 15, Seksyen 15 Tambahan, Seksyen 16, Kawasan Perindustrian Seksyen 13, Desa Mahkota Bangi, Taman Bangi Villa, Taman Bangi Indah, Pekan Bangi Lama, Kampung Bangi, Rumah Murah PKNS Bangi, Bangi Estate, Kampung Aman Bangi, Taman Sri Bangi, Bangi Lama, Taman Angsana, Kampung Batu 2, 3, 5 Jalan Bangi, Kawasan Industri Batu 1,2, 3 Jalan Bangi dan Kampung Rinching Hilir.

Bangi Gateway, Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, Mahkamah Seksyen Bandar Baru Bangi, Institut Latihan Kehakiman Dan Perundangan , Taman Jernang Jaya, Asrama Kolej Universiti Poly-Tech MARA Bangi, ICT Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Akademi Percukaian Malaysia, Kompleks Mahkamah Syariah, Balai Polis Bandar Baru Bangi, Balai Bomba Bangi, Sekolah Integrasi Bangi, Pusat Membeli-Belah Bangi Utama dan Kawasan Komersial Medan Bangi, Bandar Sri Putra, Taman Impian Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Avenue, Kolej Universiti Islam Selangor, Mutiara Bangi dan Klinik Kesihatan Bandar Sri Putra juga terjejas dengan bekalan air.

Kawasan lain yang turut terjejas ialah Beranang dan sekitar Semenyih.Pengguna juga diminta merujuk www.syabas.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Julai 2017 @ 7:14 AM