Anggota bomba memeriksa bangunan galeri jualan yang terbakar. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba memeriksa bangunan galeri jualan yang terbakar. FOTO ihsan bomba
Izlaily Nurul Ain Hussein


BANGUNAN tiga tingkat galeri jualan sebuah syarikat pemaju di Danga Bay, Johor Bahru, terbakar, hari ini.

Seorang kakitangan yang enggan dikenali berkata, kebakaran disedari pekerja tiba ke pejabat pada 8.50 pagi.

"Ketika kejadian, bangunan pejabat masih kosong kerana waktu bekerja mula 9 pagi.

"Tetapi, terdapat antara empat hingga lima pengawal keselamatan yang bertugas pagi ini.

"Ketika itu sudah ada api dan asap tebal menyebabkan pekerja terus menghubungi bomba," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya, sehingga kini operasi pemadaman masih lagi dilakukan dan kebakaran membabitkan hanya tingkat tiga bangunan berkenaan.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, pihaknya menerima panggilan pada 9.32 pagi sebelum 13 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Bahru bergegas ke lokasi kebakaran.

"Operasi pemadaman turut dibantu enam anggota BBP Tebrau, dua anggota BBP Bandar Baru Kulai dan tujuh anggota BBP Johor Jaya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Julai 2017 @ 11:38 AM