ANTARA jemaah haji yang akan berlepas awal pagi ini. Gambar Nik Abdullah Nik Omar
ANTARA jemaah haji yang akan berlepas awal pagi ini. Gambar Nik Abdullah Nik Omar
Hazira Ahmad Zaidi


KUMPULAN pertama 160 jemaah haji dari Kelantan akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Madinah 5 pagi, hari ini .

Pengarah Tabung Haji Kelantan, Wahyudin Tamimi berkata, jemaah haji kumpulan pertama ini akan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) ke KLIA pada 2.50 pagi ini.

Katanya, sebaik tiba di KLIA, mereka bersama jemaah haji dari Stesen Kelana Jaya menjadikan keseluruhan 467 jemaah haji.

"Sebanyak 16 penerbangan membabitkan 3,200 jemaah haji di negeri ini akan menunaikan Rukun Islam kelima bermula malam ini sehingga 5 Ogos ini.

"Daripada jumlah itu, 2,560 jemaah akan menggunakan penerbangan dan 640 jemaah lagi akan melapor diri di Kelana Jaya dan lain-lain stesen berlepas mengikut pilihan jemaah haji," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Keberangkatan Jemaah Haji Musim Haji 1438H/2017M, di Kota Bharu, hari ini.

Majlis penghantaran mereka di Kompleks Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Panji disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Julai 2017 @ 1:25 AM