Kalidevi Mogan Kumarappa


SERAMAI 62 orang dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap 04 diberkas dalam serbuan besar-besaran oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, bermula awal pagi semalam.

Serbuan dilakukan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Bahagian Jenayah Berat (D9) menerusi Operasi Cantas Khas, hasil maklumat dan risikan terhadap kumpulan terbabit yang aktif melakukan jenayah terancang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar merakamkan penghargaan kepada JSJ berikutan kejayaan menahan 62 individu terbabit menerusi akuan Twitter miliknya, hari ini.

“Syabas JSJ @PDRMsia tangkap 62 orang ahli kongsi gelap di Selangor/Pulau Pinang/Kedah dalam Ops Cantas Khas. Operasi masih berjalan. #GoPDRMGo,” katanya.

Semua suspek kini ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Julai 2017 @ 8:47 PM