Ismail (kiri) bersama Abdul Hamid (kanan) mendengar taklimat mengenai persediaan simpanan stok ikan semasa musim lambakan daripada Pengarah Shun Long Frozen Industries, Yang Ying Jun (dua,kanan)selepas sidang media LKIM di Pusat Pengedaran dan Pengumpulan Ikan Persatuan Nelayan Negeri Kedah (NEKAD)di Kampung Kelunchur, Mukim Kubang Rotan. FOTO SHARUL HAFIZ ZAM

Zuliaty Zulkiffli

JABATAN Perikanan Malaysia mencadangkan semua Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) di negara ini membeli semua hasil ikan nelayan untuk simpanan sejuk beku sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Datuk Ismail Abu Hassan berkata, langkah itu bertujuan memberi pulangan kepada nelayan walaupun tiada hasil tangkapan diperolehi.

Katanya, setakat ini, tiga buah Pusat Pengumpulan dan Pengedaran (CCDC) diwujudkan sebagai pusat mengumpulkan hasil laut untuk tujuan stok penimbal dan berperanan untuk mengeksport ke luar negara.

"Tiga lokasi itu adalah di Besut, Terengganu, Kuala Kedah dan Taman Wahyu di Kuala Lumpur yang memuatkan kapasiti sebanyak 650 metrik tan ikan.

"Bagaimanapun kebanyakan ikan yang disejuk beku di sini yang tidak mendapat sambutan pelanggan iaitu seperti ikan gelama, timah, tenggiri, bawal, malong, sotong katak, todak dan sotong kurita.

"Namun, semua jenis ikan dan hasil tangkapan laut ini mendapat permintaan tinggi di luar negara terutamanya di China kerana mereka gemar makanan seperti ini sekaligus dapat membantu nelayan mengeksport ikan ini ke sana," katanya ketika mengadakan lawatan ke Bilik Sejuk Beku PNK Kuala Kedah di Pelantar Ikan Kampung Gelunchur, Kuala Kedah, Alor Setar, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Nelayan Kedah (NEKAD), Ahmad Rudin Hussein dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Kedah, Abdul Hamid Bahari.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Julai 2017 @ 6:57 PM