SIN Woon (tengah) bersama Pengarah Pendidikan negeri, Rusni Ab Jalil (dua kiri) melayani tetamu di Sambutan Hari Raya bersama Warga Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. FOTO Adzlan Sidek
SIN Woon (tengah) bersama Pengarah Pendidikan negeri, Rusni Ab Jalil (dua kiri) melayani tetamu di Sambutan Hari Raya bersama Warga Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. FOTO Adzlan Sidek
Raja Noraina Raja Rahim


KEMENTERIAN Pendidikan akan menurunkan kuasa dalam urusan pertukaran guru dan menyerahkan kuasa membuat keputusan itu kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon berkata, pihak terbabit lebih memahami keperluan di peringkat bawah sekaligus memudahkan urusan kelulusan pertukaran guru.

"Kita (kementerian) akan menurunkan kuasa kepada JPN dan PPD untuk membuat keputusan mengenai pertukaran itu.

"Malah, kita juga sedang mengkaji kaedah sesuai dan ia dijangka akan dilaksanakan tahun depan," katanya selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri JPN Negeri Sembilan di Seremban, hari ini.

Menurutnya, JPN dan PPD juga akan diperkasakan dengan diberi penambahan kuasa dan sumber malah beberapa jawatan baru akan diwujudkan bagi melancarkan urusan pentadbiran.

Sebelum ini, jumlah guru yang memohon bertukar sebanyak 20,470 orang, namun kelulusan diberi adalah 2,825 atau 13.8 peratus daripada permohonan pertukaran bagi Jun 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Julai 2017 @ 5:03 PM