Hayati Ibrahim


YANG Dipertua Dewan Perniagaan Melayu (DPMM) Perak Sabri Ahmad Tah, 47, direman dua hari bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek memajukan tanah di di Perak serta pembekalan bahan binaan pada 2014.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majisret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Suspek ditahan di Ibu Pejabat Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 4 petang semalam.

Lelaki terbabit yang juga pengarah syarikat diburu selepas dipercayai terbabit dalam rasuah dengan nilai lebih RM200,000 sebagai upah membantu memperoleh projek yang dikatakan milik kerajaan negeri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek tiba di Mahkamah Majistret dengan memakai baju lokap SPRM berwarna jingga pada 9.10 pagi dengan tangan bergari.

Dia turut diiringi dua pegawai SPRM.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Julai 2017 @ 10:57 AM
PEGAWAI SPRM membawa  Sabri (tengah) untuk mohon perintah tahanan reman. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
PEGAWAI SPRM membawa Sabri (tengah) untuk mohon perintah tahanan reman. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor