Ismail Sabri menyampaikan sumbangan Tabung Kemanusiaan Rohingya kepada Pengurus Besar Kumpulan (Kumpulan Komunikasi Korporat) Media Prima Berhad, Azlan Abdul Aziz (kiri) disaksikan Amiruddin. FOTO Eizairi Samsudin
Ismail Sabri menyampaikan sumbangan Tabung Kemanusiaan Rohingya kepada Pengurus Besar Kumpulan (Kumpulan Komunikasi Korporat) Media Prima Berhad, Azlan Abdul Aziz (kiri) disaksikan Amiruddin. FOTO Eizairi Samsudin
Fairul Asmaini Mohd Pilus


LEBIH 100 tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di seluruh negara perlu dinaik taraf bagi memastikan kanak-kanak dapat menjalani pembelajaran awal yang lebih selesa dan lancar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, masih ada bangunan tadika KEMAS di seluruh negara yang tidak selamat untuk diduduki kerana sudah terlalu daif.

Selain itu, terdapat sebahagian tadika KEMAS yang terpaksa menumpang di balai raya serta menyewa di bangunan lain kerana masalah berkenaan.

Kata beliau, kementeriannya sebelum ini memohon untuk mendapatkan peruntukan sebanyak RM46 juta untuk menaik taraf taman didikan kanak-kanak itu di seluruh negara tetapi hanya RM8 juta yang diperoleh.

"Jumlah itu sememangnya tidak mencukupi memandangkan banyak kemudahan seperti bekalan elektrik dan peralatan pembelajaran lain dalam kelas juga perlu dinaik taraf.

"Justeru kita berharap pihak Kementerian Kewangan dapat menimbang permohonan KKLW untuk mendapatkan lebih peruntukan bagi memastikan pembelajaran awal kanak-kanak di negara ini berjalan lancar.

"Ia seiring dengan hasrat kerajaan dalam menyediakan pendidikan awal terbaik untuk kanak-kanak seiring proses Transformasi Nasional 2050 (TN50)," katanya pada sidang media sempena majlis Aidilfitri Kemas di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah KEMAS Datuk Amiruddin Ariffin.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Julai 2017 @ 8:59 PM