Khairy memukul gong merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita dan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang. FOTO Eizairi Shamsudin
Khairy memukul gong merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita dan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang. FOTO Eizairi Shamsudin
Yusmizal Dolah Aling


"ORANG bandar tidak ada masalah dengan UMNO, tetapi mereka ada masalah dengan individu di dalam parti.

"Jadi, di bandar ini, kita janganlah lagi bercakap soal politik pembangunan kerana ini zaman moden dan kita perlu berubah, kena ada 5C iaitu clean (bersih), competent (cekap), compansionate (prihatin), contemporary (kontemporari), dan credible (berwibawa)," kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurutnya, pendekatan yang paling sesuai ialah politik nilai dan mengikut peredaran masa, bukan lagi seperti zaman dulu yang mementingkan pembangunan kepada rakyat.

Katanya, biarpun di sesetengah kawasan amalan politik pembangunan masih relevan, ia berbeza di bandar kerana ia memerlukan tawaran serta 'sentuhan' baru.

"Di kawasan bandar, UMNO yang masih perlukan pengundi, bukan pengundi perlukan parti. Ini adalah politik pasca moden yang perlu diuruskan dengan sebaik mungkin," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Pergerakan Wanita dan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Julai 2017 @ 4:46 PM