ANGGOTA penyelamat mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke Pangkalan Pasar Baru Kapit.
ANGGOTA penyelamat mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke Pangkalan Pasar Baru Kapit.

Kapit: Seorang pekerja kapal warga India yang terjatuh dari kapal mengangkut batu arang di Sungai Rajang pada 6 Julai lalu ditemui lemas oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pagi semalam.

Mangsa yang juga lelaki dikenali sebagai Rokadi, 25, ditemui jam 11.10 pagi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kapit berkata, mangsa ditemui terapung dalam keadaan sempurna tidak jauh dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

“Mayat mangsa dibawa ke Pangkalan Pasar Baru Kapit sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sebelum ini, mangsa dilaporkan terjatuh ketika mengalihkan kren daripada kapal batu arang berkenaan, jam 9 pagi.

Operasi SAR turut membabitkan anggota polis dan kakitangan Lembaga Sungai Sarawak.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Julai 2017 @ 5:38 AM