IHSAN pembaca Harian Metro
IHSAN pembaca Harian Metro
Fuad Hadinata Yaacob


LELAKI warga asing ditahan penduduk ketika cuba memecah masuk rumah di Flat PKNS Pandamaran Jaya, Klang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad, warga asing berusia 26 tahun itu dikesan melakukan perbuatan itu pada 2.30 pagi.

Katanya, ketika itu penghuni rumah berkenaan sedang tidur tetapi kemudiannya terjaga selepas terkejut dengan bunyi bising di bahagian belakang rumah.

Beliau berkata, penghuni rumah itu kemudian pergi ke arah bunyi bising itu sebelum mendapati dua lelaki sedang memecah masuk rumahnya melalui pintu belakang.

Menurutnya, mangsa menghubungi jirannya meminta bantuan sebelum mereka menahan daripada penjenayah itu manakala rakannya melarikan diri.

"Siasatan mendapati suspek berusia 26 tahun dan berasal dari Nepal. Polis turut merampas pisau berukuran 14 sentimeter yang dibawanya," katanya.

Menurutnya, suspek cedera di kepala dan tangan kiri selepas dipukul penduduk sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk menerima rawatan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Julai 2017 @ 7:52 PM