Anggota bomba mengangkat mayat mangsa kemalangan. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa kemalangan. FOTO ihsan bomba
Siti Nor Hidayatidayu Razali


REMAJA maut manakala lima lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 42 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Felda Chiku 3, Gua Musang, malam tadi.

Dalam kemalangan 10.30 malam itu, mangsa, Mohamad Syahrul Rizal Che Ramli, 16, maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Wira dari arah Kuala Krai menghala ke Gua Musang melanggar lopak air dan hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.

Katanya, kenderaan berkenaan berlanggar dengan Proton Iswara dan Honda City dari arah bertentangan menyebabkan penumpang hadapan Proton Wira maut di lokasi kejadian.

"Semua mangsa yang cedera dibawa ke Klinik Kesihatan Chiku 3 sebelum dihantar ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Jun 2017 @ 10:51 AM