Shabudin (dua dari kanan) melihat nanas yang dijual di My Farm Outlet. FOTO Zulfa Mohamad
Shabudin (dua dari kanan) melihat nanas yang dijual di My Farm Outlet. FOTO Zulfa Mohamad
Zulfa Mohamad


LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pulau Pinang akan membuka kedai berkonsep pasar mini dinamakan 'My Farm Outlet' bagi memudahkan orang ramai membeli barang basah pada harga lebih rendah berbanding di pasar biasa.

Pasar mini berkenaan akan menjual barangan seperti ayam, ikan, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Pengarah FAMA negeri Habibah Sulaiman berkata, Tasek Gelugor dipilih lokasi pertama pembukaan premis berkenaan sebelum diperluaskan ke lokasi lain.

"Berbeza dengan pasar tani yang beroperasi hujung minggu, 'My Farm Outlet' akan beroperasi setiap hari mulai jam 10 pagi hingga 10 malam," katanya selepas pelancaran Pasar Tani Khas Pra Syawal, di Tasek Gelugor, pagi ini.

Pelancaran dilakukan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Jun 2017 @ 2:44 PM