Abdul Samah (tengah) menyaksikan serah terima tugas Che Man (kiri) dengan Sulaiman. FOTO   Roslin Mat Tahir
Abdul Samah (tengah) menyaksikan serah terima tugas Che Man (kiri) dengan Sulaiman. FOTO Roslin Mat Tahir
Siraj Mohd Zaini


MANTAN Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Senior Asisten Komisioner Sulaiman Salleh dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Polis Selangor menggantikan Senior Asisten Komisioner Che' Man Md Dros.

Sulaiman, 55, yang mempunyai pengalaman selama 33 tahun dan pernah memegang pelbagai jawatan di serata negeri itu menggantikan Che' Man yang bersara wajib, hari ini.

Majlis Serah Terima Tugas diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini, dengan disaksikan Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat.

Sulaiman mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai jabatan termasuklah siasatan jenayah, pentadbiran dan trafik memulakan tugas sebagai Inspektor di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar pada 1994.

Beliau berkelulusan Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia menjawat jawatan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan mulai 2014 sehingga tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Jun 2017 @ 7:07 PM