Ahmad Zahid beramah mesra dengan orang ramai ketika hadir majlis berbuka puasa di SMA Al-Ulum Alsyar'iyyah, Bagan Datuk. FOTO Abdullah Yusof
Ahmad Zahid beramah mesra dengan orang ramai ketika hadir majlis berbuka puasa di SMA Al-Ulum Alsyar'iyyah, Bagan Datuk. FOTO Abdullah Yusof
Mohd Hafizee Mohd Arop


TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluluskan peruntukan RM100,000 bagi membolehkan Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Ulum Alsyar'iyyah di Bagan Datuk memiliki van sendiri.

Ahmad Zahid mengumumkan perkara itu dalam ucapannya pada majlis berbuka puasa di dewan sekolah itu hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, peruntukan terbabit yang akan digunakan untuk membeli van itu mampu memudahkan pergerakan guru dan pelajar ke majlis tertentu.

"Pihak sekolah memberitahu mereka sudah memiliki RM20,000 hasil sumbangan diterima, namun harga van lebih RM120,000, lambat lagi kalau nak tunggu cukup wang untuk membeli van sendiri.

“Jadi, saya ingin membantu sekolah ini memiliki van sendiri dengan meluluskan peruntukkan RM100,000," katanya.

Dalam majlis itu, Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan bantuan untuk semua masjid di kawasan Parlimen Bagan Datuk.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Jun 2017 @ 10:05 PM