Kerbau yang mati akibat penyakit HS atau hawar berdarah di Felda Rantau Abang 1 dan 2, Marang. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli
Kerbau yang mati akibat penyakit HS atau hawar berdarah di Felda Rantau Abang 1 dan 2, Marang. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli
Ahmad Rabiul Zulkifli


SEBANYAK 245 kes ternakan seperti kerbau dan lembu mati akibat dijangkiti penyakit Heamoragic Septicaemia (HS) atau hawar berdarah di Kuala Terengganu dan Marang sejak 26 Mei lalu.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu Dr Mohd Termizi Ghazali berkata, wabak itu merebak sangat cepat sehingga ternakan yang dijangkiti gagal diselamatkan.

"Sebanyak 185 lembu dan 40 kerbau di Felda Rantau Abang 1 dan 2, Marang, manakala sebanyak sembilan lembu dan 11 kerbau di Kuala Terengganu mati akibat penyakit itu.

"Antara tanda diserang wabak itu apabila ternakan kelesuan, murung, tidak aktif, demam, serta mulut dan hidung berair selain bengkak pada bahagian kepala, leher dan dada," katanya hari ini.

Berhubung dakwaan yang menjadi tular kononnya JPV negeri mengeluarkan amaran supaya masyarakat tidak membeli daging lembu dan kerbau yang dijual di negeri ini, tidak benar.

"Kami tidak mengeluarkan sebarang amaran atau halangan membeli daging seperti yang ditularkan cuma menasihat dan mencadangkan orang ramai supaya mendapatkan bekalan daging dengan pembekal yang dipercayai," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Jun 2017 @ 6:27 PM