Varian bari model Honda Jazz yang diperkenalkan hari ini. - Foto ZULFADLI HAMZAH
Varian bari model Honda Jazz yang diperkenalkan hari ini. - Foto ZULFADLI HAMZAH
Mohd Razlan Salleh


HONDA Malaysia lancar dua varian baru model kompak Jazz termasuk berkuasa Sport Hybrid pada harga bermula RM74,500 hingga RM88,400 seunit.

Pelancaran model hibrid itu menjadikan Malaysia satu-satunya negara, selain Jepun yang memperkenalkan sistem Intelligent Dual-Clutch Drive Hybrid (i-DCD) Honda.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Katsuko Hayashi berkata, Jazz Hybrid satu-satunya model hibrid dijual pada harga bawah RM90,000 seunit.

"Keputusan melancarkan model Sport Hybrid i-DCD selari dengan inspirasi kerajaan mempromosikan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

"Honda komited menawarkan rangkaian kenderaan yang seronok dipandu selain penggunaan bahan api yang efisien," katanya ketika majlis pelancaran di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Terdahulu, Jazz Petrol baru dijual pada harga RM74,800 bagi varian S, RM81,000 (E) dan RM88,400 (V) manakala Jazz Hybrid, ditawarkan pada harga RM87,500 seunit.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Jun 2017 @ 2:10 PM