Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman

MINAT mendalam terhadap warna merah jambu dan watak kartun Hello Kitty menyebabkan seorang wanita nekad mencantikkan keretanya dengan perhiasan berasaskan watak animasi dari Jepun itu.

Lebih menarik, bagi merealisasikan minatnya itu Nor Saadah Mariman, 31, tidak menghantar kereta Proton Gen 2 miliknya ke mana-mana bengkel, sebaliknya melakukannya sendiri.

Ibu kepada seorang anak lelaki berusia lapan tahun itu menghias kenderaannya dengan dibantu suami, Mohd Nor Azri Johari, 33, yang turut mempunyai minat sama.

“Saya akan mencari barang seperti pelekat, kain selimut bercorak Hello Kitty dan kain warna merah jambu untuk dijahit menjadi sarung kerusi, bantal, tidak kurang juga membeli patung kecil Hello Kitty yang sepatutnya menjadi hiasan pada kek, tapi saya beli untuk diletakkan di kereta.

“Suami pula memasang kain yang sudah siap dijahit pada kerusi, bumbung dan mana-mana bahagian kereta yang saya mahukan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Pelangi, Jerantut .

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Mei 2017 @ 5:52 AM
NOR Saadah membelanjakan lebih RM5,000 untuk menghiasi keretanya.
NOR Saadah membelanjakan lebih RM5,000 untuk menghiasi keretanya.