Keadaan mayat mangsa selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kuala Linggi-Kuala Sungai Baru, Alor Gajah. (Gambar kecil) Muhammad Firdaus. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber
Keadaan mayat mangsa selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kuala Linggi-Kuala Sungai Baru, Alor Gajah. (Gambar kecil) Muhammad Firdaus. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber
Rizanizam Abdul Hamid


SEORANG penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori di hadapan Klinik Kesihatan Kuala Sungai Baru, Jalan Kuala Linggi-Kuala Sungai Baru di Alor Gajah, 12.45 tengah hari tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri Superintendan Mohd Sham Abdullah, mangsa dikenal pasti Muhammad Firdaus Dussalam, 26.

Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa dari arah Kuala Linggi menghala pekan Kuala Sungai Baru memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

"Akibatnya, penunggang motosikal jenis Honda EX5 itu maut di lokasi akibat cedera parah di kepala manakala pemandu lori berusia 27 tahun tidak mengalami kecederaan.

"Kes kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Mei 2017 @ 6:52 PM