RAZIMI (kiri) dan Wan Mohd Noor (dua dari kiri) menunjukkan peti aduan disiplin murid.
RAZIMI (kiri) dan Wan Mohd Noor (dua dari kiri) menunjukkan peti aduan disiplin murid.

Shah Alam: Polis akan menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan murid dan pelajar sekolah tidak terpengaruh dengan anasir kumpulan pengganas atau militan.

Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Selangor Asisten Komisioner Razimi Ahmad berkata, pihaknya memfokuskan kepada golongan itu kerana dianggap lebih mudah terpengaruh.

“Umum mengetahui terdapat pengganas di seluruh negara yang merekrut remaja.

“Oleh itu, kita akan sentiasa memantau dan menjalankan risikan secara menyeluruh supaya tidak menular kepada golongan remaja tempatan,” katanya ketika ditemui pada program ‘Jom ke Sekolah’ di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Seksyen 17 di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Wan Mohd Noor Wan Endut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Februari 2017 @ 5:58 AM