DERETAN kedai di  Kea Farm, Brinchang yang  musnah dalam kebakaran.
DERETAN kedai di Kea Farm, Brinchang yang musnah dalam kebakaran.

Cameron Highlands: Sembilan kedai di Kea Farm, Brinchang, di sini musnah dalam kebakaran, namun tindakan pantas bomba berjaya mengawal api daripada merebak dan memusnahkan 40 kedai lain dalam kejadian tengah malam, semalam.

Kebakaran jam 12.45 tengah malam itu, memusnahkan kedai yang menjual pelbagai barangan termasuk restoran, kedai buah-buahan, sayuran dan cenderahati.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands, Muhamad Haziq Hazmi berkata, pihaknya yang menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 12.47 tengah malam dan tiba dilokasi 10 minit kemudian.

Menurutnya, sebaik tiba api sedang marak di beberapa kedai di kawasan dan bomba mengawal kebakaran itu daripada merebak dan tindakan pantas dilakukan menyelamatkan 40 kedai yang berada berdekatan kedai itu.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan dan dijangka selesai pada Ahad ini, manakala laporan lengkap dijangka siapa dalam tempoh 14 hari,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 January 2017 @ 6:48 AM