DR Wan Junaidi bermesra dengan Nur Ayra Qalisha Ahmad 6 bulan ketika  melawat Pusat Pemindahan Banjir SK Durian Mentangau.
DR Wan Junaidi bermesra dengan Nur Ayra Qalisha Ahmad 6 bulan ketika melawat Pusat Pemindahan Banjir SK Durian Mentangau.
myMetro

Dungun: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menambah baik sistem Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) di seluruh negara yang membolehkan ramalan mengenai ketibaan banjir diketahui dua hari lebih awal.

Menterinya Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sebelum ini ramalan banjir hanya diketahui antara enam hingga 14 jam sebelum ia berlaku.

“Program di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu merangkumi 40 lembaran sungai utama negara membabitkan peruntukan RM500 juta.

“Skop kerja dalam PRAB meliputi penyediaan insfrastruktur dan pembinaan serta menaik taraf stesen hidrologi, pembangunan sistem pengesanan data spatial dan hebahan,” katanya ketika mengadakan lawatan di pusat perpindahan sementara di Kampung Durian Mentangau, di sini, semalam.

Beliau berkata, fasa pertama projek berkenaan meliputi Sungai Kelantan, Sungai Terengganu dan Sungai Pahang.

“Kerja menambah baik itu dijangka siap penghujung tahun ini dan beroperasi pada 2018,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 January 2017 @ 10:37 AM