PEMERHATI Puteri UMNO melihat kartun yang dipamerkan pada Perhimpunan Agung UMNO  di PWTC, semalam.
PEMERHATI Puteri UMNO melihat kartun yang dipamerkan pada Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, semalam.
Nasharuddin MuhammadMohd Nasif Badruddin dan Siti Fatimah Hassan dan Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Pameran Kartun dan Komik: Wasatiyyah dan Perjuangan yang mempamerkan konsep kesederhanaan dalam perjuangan menuntut kemerdekaan mendapat sambutan daripada orang ramai yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Pameran anjuran Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) dan Kelab Kartunis Malaysia (KKM) itu yang bermula kelmarin hingga Sabtu ini dirasmikan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Turut hadir, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri Tan Sri Dr Abdullah Md Zin, Pengerusi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) Budiman Mohd Zohdi, Pengarah IWM Datuk Mohd Yusof Din dan Presiden KKM Mohd Desa Omar atau Juragan.

Pameran kartun edisi kedua sempena perhimpunan itu mempamerkan karya terbaik kartunis terkenal tempatan termasuk Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat, Jaafar Taib, Don, Mishar, Kerengga dan Mie yang secara tidak langsung menyingkap sejarah serta perkembangan komik dan kartun di Malaysia.

Selain itu, Perdana Menteri turut melancarkan buku Wasatiyyah dan Media Sosial: Mendepani Cabaran dan Fitnah hasil tulisan beliau bersama Dr Abdullah yang memperincikan mengenai pemikirannya dalam menghadapi cabaran gelombang lambakan maklumat yang terkandung unsur fitnah dalam konteks pengurusannya di Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Disember 2016 @ 10:16 AM