MOHD  Faudzi (tengah)   mengadakan sidang media   sempena Hari Keputeraan Ke-47 Sultan Kelantan, semalam.
MOHD Faudzi (tengah) mengadakan sidang media sempena Hari Keputeraan Ke-47 Sultan Kelantan, semalam.

Kota Bharu: Istana Kelantan kini membuat persiapan terakhir untuk menyambut hari ulang tahun keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V yang ke-47, hari ini dan esok.

Sempena sambutan itu, istiadat penganugerahan pingat kebesaran negeri diadakan esok di Istana Balai Besar, di sini.

Selain istiadat penganugerahan pingat kebesaran negeri, 13 acara sempena perayaan menyambut hari keputeraan baginda turut disediakan kerajaan negeri yang berlangsung sejak 1 hingga 25 November ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat berkata, pada hari ini, Majlis Santapan Malam diadakan di Kota Darulnaim yang dihadiri pembesar negeri, pegawai kerajaan dan mereka yang akan menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk.

“Pada hari kedua, 12 November ini, Istiadat Meletak Kerja di Istana Balai Besar pada sebelah pagi diikuti Istiadat Pemeriksaan Perbarisan Kehormat di Padang Merdeka sebelum disusuli Istiadat Pengurniaan Pingat Kebesaran Negeri oleh baginda Sultan di istana yang sama,” katanya pada sidang media Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan tahun 2016 bagi gelaran kebesaran, darjah kebesaran, bintang, pingat, surat kepujian dan pelantikan Jaksa Pendamai di Istana Balai Besar, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 November 2016 @ 10:18 AM