Gabriel   (tiga dari kanan) mengadakan sidang akhbar di Lapangan Terbang Miri, semalam.
Gabriel (tiga dari kanan) mengadakan sidang akhbar di Lapangan Terbang Miri, semalam.

Miri: Bau bangkai rusa di Kem 4, Taman Negara Mulu di sini, membawa kepada penemuan warga Australia, Andrew James Gaskell, 25, jam 12.30 tengah hari kelmarin, yang terkandas di taman negara itu sejak 20 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Marudi Deputi Superintendan Gabriel Risut berkata, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menumpukan pencarian di kawasan yang berbau busuk itu kerana menyangka ia kemungkinan bau mayat.

Menurutnya, pasukan SAR menyangka misi pencarian bakal berakhir dengan penemuan mayat sebaliknya menemui bangkai rusa.

“Bagaimanapun, pasukan SAR tidak berputus asa sebelum menemui Andrew dalam keadaan selamat di kawasan yang terlindung di lokasi berkenaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 November 2016 @ 10:22 AM