BERSARAPAN membantu anak bertenaga di dalam kelas.
BERSARAPAN membantu anak bertenaga di dalam kelas.
Faizatul Farlin Farush Khan

Sarapan adalah menu paling penting bagi memulakan hari kita dan pemilihan hidangan pagi bukan sesuatu yang boleh diambil ringan apatah lagi dalam memastikan anak-anak dapat menjalani aktiviti seharian dengan cergas.

Ibu bapa perlu menjadi contoh kepada anak dalam memupuk tabiat yang dapat bagi memastikan mereka mendapat manfaat daripada sarapan khususnya ketika berhadapan saat penting seperti menduduki peperiksaan.

Menurut ibu kepada dua anak, Elma Kamal, dia sentiasa memikirkan mengenai apa yang terbaik untuk anak dan menitikberatkan tabiat pemakanan mereka ketika berada di sekolah, terutama ketika menjelang musim peperiksaan.

“Saya sentiasa bertanya pada diri sendiri, bagaimana caranya untuk saya yakin bahawa anak mendapat nutrisi secukupnya supaya mereka dapat fokus dan mencapai pencapaian terbaik. Perkara ini menjadi lebih penting apabila mereka perlu memberi lebih usaha ketika berhadapan peperiksaan,” katanya.

Kata Elma, dia selalu tertanya-tanya sama ada anaknya makan hidangan seimbang ketika di sekolah ataupun mungkin tidak sempat makan disebabkan perlu beratur panjang untuk membeli makanan di kantin.

“Saya sedar mereka perlukan nutrisi cukup untuk fokus ketika belajar atau menjawab soalan peperiksaan. Saya juga sedar anak saya cenderung untuk makan dengan lebih banyak ketika musim peperiksaan kerana mereka sering mengadu lapar.

“Saya tidak pasti sama ada ia disebabkan hidangan yang kurang nutrien ataupun tekanan peperiksaan. Apa yang pasti jika lapar, mereka tidak dapat memberi tumpuan pada pelajaran,” katanya.

Pada masa sama, Intan Juliana, 40, turut menghulurkan sokongan kepada anak-anaknya dalam berhadapan tekanan sepanjang peperiksaan.

Katanya, dia memahami musim peperiksaan sememangnya memberi tekanan dan antara cara untuk menunjukkan sokongan adalah dengan menyediakan hidangan seimbang setiap hari buat anak-anak.

“Tidak ada yang dapat menyaingi sarapan lengkap yang dinikmati bersama-sama secawan MILO® untuk memulakan hari anda. Saya dapat menyaksikan sendiri perubahan besar pada diri anak-anak selepas menikmatinya kerana mereka menjadi lebih bertenaga dan membantu mereka untuk fokus dengan lebih baik.

“Saya turut menemani anak ketika sesi mengulangkaji dan menjalani rutin harian sebagai tanda sokongan terhadap usaha mereka,” katanya.

Intan Juliana berkata, dia yakin sarapan memainkan peranan utama dalam memulakan hari anaknya dan akan memastikan mereka minum secawan penuh MILO® setiap kali bersarapan sebelum melangkah ke sekolah setiap pagi.

“Saya yakin dengan menyediakan sarapan, anak-anak tidak akan mudah berasa lapar atau cenderung mengambil makanan ringan ketika di luar rumah.

“Selagi mereka tidak berasa lapar, saya yakin anak-anak dapat memberi tumpuan penuh dalam kelas dan mencapai potensi terbaik ketika membuat persediaan menghadapi peperiksaan,” katanya.

Selain itu, seorang guru di institusi pendidikan Campus Rangers, Chong Nyoke Yen berkata, sarapan sepatutnya diwajibkan termasuk ketika di sekolah, terutama sebelum memulakan pembelajaran pertama dalam kelas.

Katanya, dia menyaksikan sendiri pelajar ada kalanya tidak bermaya, hilang fokus dan tidak mampu memberi perhatian akibat tidak sempat bersarapan pada hari terbabit.

Menurut Kajian MyBreakfast dijalankan Persatuan Nutrisi Malaysia (NSM) dan Nestle membabitkan 8,705 kanak-kanak di seluruh negara, kanak-kanak yang mengambil minuman bijirin didapati mendapat kandungan nutrien lebih tinggi dan lebih bertenaga berbanding mereka yang tidak menikmati sarapan.

Secara ringkasnya, apabila anak anda menikmati secawan MILO® bersama-sama sarapan, mereka akan lebih fokus ketika sesi pembelajaran di dalam kelas.

MILO® mengandungi Activ-Go®, iaitu kombinasi unik PROTOMALT®, vitamin dan mineral yang membekalkan tenaga berpanjangan dan menyokong fungsi normal tubuh, untuk membantu kanak-kanak mencapai potensi terbaik mereka ketika sesi pembelajaran dan berhadapan musim peperiksaan.

Untuk kisah menarik lain dan tip bagaimana untuk membuat persediaan berhadapan peperiksaan, boleh layari www.milo.com.my

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Oktober 2016 @ 10:10 PM