AHMAD Kushairi (tiga dari kanan) melihat suratkhabar Berita Harian (BH) sambil diperhatikan  Abdul Jalil  (dua dari kanan), Mahfar (kanan) dan Pengarah Kejuruteraan dan Pemprosesan MPOB, Dr Lim Weng Soon (tiga dari kiri) selepas majlis menandatangani Kontrak Penerbitan Berita Sawit 2016/2017 di Balai Berita, Bangsar.

Kuala Lumpur: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) meneruskan penerbitan akhbar sisipan, Berita Sawit bagi tahun ke-15 bersama Berita Harian (BH) dengan memperbaharui kontrak penerbitan setahun lagi.

Pengerusi MPOB, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, kerjasama erat dan sokongan teknikal daripada BH meliputi aspek penulisan, penyuntingan dan reka bentuk adalah antara faktor penyebab sisipan itu bertahan sehingga sekarang.

“Liputan berita atau artikel yang tepat dan berkualiti serta bermutu dengan penggunaan bahasa yang mudah difahami oleh pembaca menjadi kekuatan Berita Sawit.

“Sejak diterbitkan pada Ogos 2001, ia mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada golongan pekebun kecil dan masyarakat umum serta pelajar yang menjadikan penerbitannya sebagai sumber rujukan bagi mendapatkan maklumat berkenaan industri sawit,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara BH dengan MPOB di Balai Berita, di sini, semalam.

Pada majlis itu, BH diwakili Pengarang Kumpulannya, Datuk Mahfar Ali manakala MPOB diwakili Ketua Pengarahnya, Dr Ahmad Kushairi Din yang disaksikan Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Abdul Jalil Hamid dan Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Oktober 2016 @ 7:51 AM