JENAZAH diusung ke tanah perkuburan.
JENAZAH diusung ke tanah perkuburan.

Alor Setar: Jenazah bekas penjaga gol kebangsaan era 1950-an, Datuk Yusoff Abu Bakar, 81, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Bukhari, di sini, pada jam 11.20 pagi, semalam.

Terdahulu, solat jenazah disempurnakan di Masjid Al-Bukhari sebelum Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan berkenaan.

Selain ahli keluarga terdekat, upacara pengebumian turut dihadiri Pengarah Penjara Kedah Ahmad Fauzi Awang serta wakil dari Penjara Alor Setar, Penjara Pokok Sena dan Penjara Sungai Petani.

Allahyarham meninggal dunia kerana sakit tua pada jam 6.15 petang, kelmarin, di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 September 2016 @ 4:56 AM