myMetro

Kuala Kubu Bharu: “Saya tak mahu dia pergi!, kalau boleh nak ada keajaiban. Kalau mati biar dalam keadaan sempurna,” ratap hiba Faridah Ahmad 54, ibu kepada mangsa kemalangan maut, Noorfazilah Mad Zani, 33.

Dia yang ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu di sini, tengah hari semalam, tidak dapat menahan air mata sebaik mengetahui anak sulungnya itu terkorban dalam nahas jalan raya bersama menantu dan dua cucunya.

“Saya tak tahu bagaimana hendak beritahu suami keadaan jenazah Along (Noorfazilah) yang tidak sempurna akibat kemalangan itu,” ujarnya.

Dia hanya mengetahui kemalangan menimpa anaknya itu selepas dimaklumkan keluarga mentua berhubung nahas yang turut meragut menantunya, Ahmad Faizal Abdul Rahim, 33, dan dua cucunya, Ahmad Fakri Naim, tiga tahun, serta Nur Aimi Nadirah, lapan tahun.

Sementara itu, adik mangsa, Farini Mad Zani, 20, berkata, keluarga kakaknya itu pulang bercuti ke kampung di Taiping, Perak, sejak Sabtu lalu.

“Sebelum kejadian, dua anak saudara saya, Nur Aimi Nadirah dan adiknya, Ahmad Faqih Nazmi, lima tahun, berkeras tidak mahu mengikut ibu bapanya pulang ke Melaka.

“Saya tidak menyangka keengganan mereka pulang membawa petanda buruk. Saya masih terkejut dengan kematian kakak dan dua anak saudara Nur Aimi dan Ahmad Fakri. Manakala Ahmad Faqih kini masih dirawat di hospital akibat cedera parah,” katanya.

Menurutnya, Noorfazilah akan pulang ke rumah mentua di Kampung Pokok Assam, Taiping, terlebih dulu sebelum menziarah mereka di Taman Kaya, Taiping.

“Sepanjang percutian itu, kakak saya menunjukkan perubahan sikap apabila menjadi agak pendiam.

“Along (Noorfazilah) tak suka kami bergurau kasar, namun sejak beberapa hari lalu, dia tidak marah apabila diusik. Dia tidak banyak bercakap dan hanya berbincang mengenai perkara serius,” katanya.

saja,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Ogos 2016 @ 9:45 AM
 Faridah  (tengah) menyiram air mawar di pusara anak, menantu dan dua cucunya.
Faridah (tengah) menyiram air mawar di pusara anak, menantu dan dua cucunya.