Shahrizat (empat dari kiri) beramah mesra dengan penghuni.
Shahrizat (empat dari kiri) beramah mesra dengan penghuni.

Kuala Lumpur: Yayasan Kebajikan Negara (YKN) merancang untuk membuka dua lagi Anjung Singgah bagi membantu golongan yang memerlukan tempat tinggal sementara di bandar utama di negara ini.

Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, dua Anjung Singgah terbabit akan dibuka di Ipoh, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah.

“Ini perancangan YKN pada masa hadapan dalam usaha kerajaan membantu golongan tidak mempunyai tempat tinggal untuk berdikari dan kemudian mencari tempat tinggal sesuai,” katanya pada majlis Sinar Kasih Ramadan di Anjung Singgah, di sini, semalam

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Jun 2016 @ 11:56 AM