SUSPEK dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman, semalam.
SUSPEK dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman, semalam.
Mohamad Fahd Rahmat

Johor Bahru: Mahkamah Majistret di sini, semalam membenarkan satu tempoh tahanan reman selama tiga hari ke atas seorang guru yang disyaki menghantar mesej berbentuk jelik dalam laman sosial Facebook (FB) bertujuan menghina dan menyakitkan hati Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pendaftar Mahkamah, Nurhidayah Abd Manaf mengeluarkan perintah tahanan reman tiga hari sehingga esok itu terhadap suspek lelaki berusia 31 tahun yang bertugas di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di Mentakab, Pahang dekat sini.

Ia bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut terhadap suspek mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Suspek itu ditahan kelmarin pada jam 12.50 tengah hari di rumahnya di Taman Bukit Bendera, Mentakab, Pahang dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor untuk siasatan lanjut.

Ketika tangkapan dibuat, polis merampas dua unit tablet jenama Samsung dan Asus milik suspek.

Suspek disyaki memuat naik penghantaran mesej itu dalam akaun FB atas nama Chong Choonhau.

Sehingga kini, 16 pengguna laman sosial FB serta aplikasi Twitter dan WhatsApp ditahan polis kerana menyalahgunakan medium sosial untuk menghina institusi diraja Johor sejak Oktober 2015 hingga kelmarin.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Jun 2016 @ 5:36 AM