PUSAT  berlangsung  Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia di Sochi, Russia.
PUSAT berlangsung Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia di Sochi, Russia.
Abdul Jalil Hamid melaporkan dari London

Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia di Sochi, Russia hari ini dan esok.

Kementerian Luar dalam kenyataannya berkata, sidang kemuncak ini dianjurkan bagi memperingati dan meraikan 20 tahun jalinan rakan dialog ASEAN-Russia.

Selain itu, katanya, ia juga sebagai wadah untuk pemimpin negara anggota ASEAN dan Russia merangka hala tuju masa hadapan kerjasama ASEAN dan Russia.

“Sepanjang sidang kemuncak itu berlangsung, pemimpin negara anggota ASEAN dan Russia akan memperakukan Deklarasi Sochi bertajuk Menuju Ke arah Perkongsian Strategik Untuk Kepentingan Bersama dan pada masa sama semua pemimpin akan mengambil maklum mengenai Pelan Tindakan Komprehensif 2016-2020.

“Pelan itu merangkumi kaedah spesifik untuk memperkukuhkan lagi hubungan bagi tempoh lima tahun akan datang, serta mempertimbangkan laporan ASEAN-Russia Eminet Person Group (AREPG) yang mengandungi cadangan hala tuju masa hadapan bagi hubungan ASEAN-Rusia,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Pada lawatan itu, Perdana Menteri diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan pegawai kanan dari pejabat Perdana Menteri serta Kementerian Luar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mei 2016 @ 8:53 AM