MOHAMAD Zabidi menyampaikan syarahan perdana transformasi perkhidmatan awam.
MOHAMAD Zabidi menyampaikan syarahan perdana transformasi perkhidmatan awam.
myMetro

Georgetown: Pekeliling mengenai penambahbaikan 252 skim perkhidmatan awam menerusi Sistem Saraan Malaysia dilancarkan Khamis ini.

Penambahbaikan dirangka menerusi langkah rasionalisasi skim perkhidmatan yang bersifat menyeluruh.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, semua penjawat awam yang berada di bawah skim berkenaan bakal menikmati faedah penambahbaikan itu yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai depan.

“Ia dibuat selepas mengambil kira pelbagai pandangan daripada 87 rundingan bersama semua kesatuan dan kumpulan sekerja berkaitan, khususnya bagi menjamin kebajikan 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

“Pekeliling mengenai penambahbaikan berkenaan mula dimuat naik di laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pada Khamis ini,” katanya ketika berucap pada Program Syarahan Perdana Transformasi Perkhidmatan Awam di sini, semalam.

Sebelum ini, penambahbaikan itu dibuat berdasarkan analisa Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang jelas menunjukkan kos sara hidup di negara ini meningkat antara lapan hingga 10 peratus berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), sejak 1 April tahun lalu memandangkan peningkatan gaji sektor awam hanya kira-kira dua hingga 2.5 peratus setahun.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching dan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Dr Omar Osman.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 April 2016 @ 9:08 AM