MALAR (kanan) membantu Mohd Akma menyiapkan jahitan sarung tilam bayi.
MALAR (kanan) membantu Mohd Akma menyiapkan jahitan sarung tilam bayi.
Oleh Siraj Mohd Zaini


Shah Alam: Meskipun keadaan fizikalnya berbezadaripada remajalain, namun ia bukan penghalang kepada Mohd Akmal Rosli, 18, yang kurang dayapendengaran untuk mempelajari kemahiran menjahit di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional(SMPKV) Shah Alam, di sini.

Pelajar tingkatan lima sekolahitu berkata, pada asalnyadia tidak tahu menjahit,tetapi tergerak hati memilihkursus pembuat pakaianwanita tahun lalu.

“Saya memang minatmenjahit kerana teruja melihatorang yang mempunyaikemahiran itu. Apabila masukke sekolah, cikgu banyakmemberi tunjuk ajar sehinggasaya boleh menjahit pelbagaipakaian.

“Kalau diberi peluang sayaingin menyambung kemahirandi politeknik dan bercadangmembantu ibu yangmembuka kedai menjual tudung,”katanya.

Guru kelasnya M Malar Viliberkata, Mohd Akmal menunjukkanpeningkatan baikdalam kemahiran itu biarpunmempunyai asas dalamjahitan.

Menurutnya, Mohd Akmalsatu-satunya pelajar lelaki disamping lima lagi pelajar perempuandidalamkelasitu,iatidak menjadi masalah untuknyabertanya kepada guru jika memerlukan bantuan.

“Dia kurang daya pendengaran,tetapi saya kagum semangatnya sungguh tinggi untuk mendalami kemahiranmenjahit.

“Bukan setakat kemahiran menjahit saja, Mohd Akmal turut aktif dalam pelbagai aktiviti di sekolah sepertibersukan dan Kadet Remaja Sekolah (KRS),” katanya.

Bagi pelajar kursus kemahiran Pereka Grafik Mohd Faris Aiman Mohd Yusri, 19, tunjuk ajar guru di sekolah itu membolehkan dia meraih pingat emas dalam Pertandingan Global TeknologiMaklumat Untuk Belia Kurang Upaya Asia 2015 di Jakarta, tahun lalu.

“Saya mereka bentuk poster Tahun Melawat Malaysia dan tidak sangka dipilih sebagai pemenang.

“Kejayaan mengharumkan nama negara dan sekolah tidak akan tercapai jikatiada pertolongan daripada guru kelas dan semua rakan,” katanya.

Sementara itu, Pengetua SMPKV Shah Alam Sazali Mohd Karli berkata, sekolah terbabit menempatkan 181 pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima dikategorikan sebagai bermasalah dalam pelajaran dan kurang daya pendengaran.

Beliau berkata, 12 kursus kemahiran mengikut sukatan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) termasuk jurulukis batik, pembuat pakaian wanita, pembantu penyedia makanan, pendandan rambut muda, pembuat perabot dan jurubina bangunan diajar di sekolah berkenaan.

Katanya, rata-rata pelajar di sekolah terbabit berpeluang memilih kursus kemahiran diminati dan mempelajarinya sehingga lulus tahap tertentu seperti yang terkandung di dalam SKM.

“Selama dua tahun, mereka belajar kemahiran saja, dan selepas itu terpulang kepada mereka sama ada mahu melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi atau bekerja.

“Ramai antara pelajar sekolah ini berjaya, kerana mereka diajar kemahiran yang akhirnya membolehkan mereka menjana pendapatan sendiri, di sebalik kekurangan dihadapi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 January 2016 @ 5:13 AM