ORANG ramai meninjau Pameran Automotif 'NST-MAI ASEAN Autoshow 2015 di Pusat Konvensyen Mines, Seri Kembangan.
ORANG ramai meninjau Pameran Automotif 'NST-MAI ASEAN Autoshow 2015 di Pusat Konvensyen Mines, Seri Kembangan.
Sultan Sharafuddin  diringi FD Iskandar (kanan) melawat koleksi kereta milik Sultan Selangor sempena NST-MAI ASEAN Autoshow 2015, semalam.
Sultan Sharafuddin diringi FD Iskandar (kanan) melawat koleksi kereta milik Sultan Selangor sempena NST-MAI ASEAN Autoshow 2015, semalam.
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus


Seri Kembangan: Hari terakhir pameran automotif NST-MAI ASEAN Autoshow 2015 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), di sini, semalam dimeriahkan dengan kehadiran Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda mencemar duli meluangkan masa hampir empat jam di pameran yang disertai lebih 100 pempamer daripada pemain industri automotif dan jenama aksesori kenderaan.

Selain itu, Sultan Sharafuddin yang sememangnya menggemari rekaan kereta klasik dan vintaj, turut berkesempatan melawat himpunan kereta klasik termasuk tujuh daripada koleksi peribadi baginda.

Baginda diiringi Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad Datuk Seri FD Iskandar, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP Datuk Mohammad Azlan Abdullah dan Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd Datuk Abdul Jalil Hamid.

Pameran diadakan dengan kerjasama akhbar New Straits Times (NST) dan Institut Automotif Malaysia (MAI).

Hampir 75,000 pengunjung menghadiri pameran empat hari yang berakhir semalam.

Pengunjung yang hadir berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik termasuk kereta Peugeot 208 bernilai RM85,000 serta pelbagai hadiah lain menerusi cabutan bertuah.

Sementara itu, pengunjung, Maheran Abdul, 30, mengakui seronok dapat menyaksikan pelbagai rekaan kenderaan terkini yang dipamerkan.

Kata Maheran, dia dan suami datang seawal jam 10 pagi kerana tidak mahu bersesak dengan pengunjung lain selain mahu mencuba memandu uji kenderaan pacuan empat roda yang disediakan.

“Suami menggemari aktiviti lasak dan kami bercadang mendapatkan kenderaan pacuan empat roda yang sesuai dengan kehendak serta kemampuan kewangan.

“Tidak sia-sia kami mengunjungi pameran ini kerana ada banyak pilihan yang boleh dipertimbangkan sebelum mendapatkan kenderaan idaman,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 November 2015 @ 5:06 AM