Linut menjadi makanan kegemaran masyarakat  Melanau dibuat daripada tepung lemantak.
Linut menjadi makanan kegemaran masyarakat Melanau dibuat daripada tepung lemantak.
 TEPUNG lemantak  yang dihasilkan daripada pokok rumbia.
TEPUNG lemantak yang dihasilkan daripada pokok rumbia.
Oleh Abd Rahman Adam

Debak: Ia tidak berbau dan berwarna, bagaimanapun hidangannya membangkitkan selera seseorang dengan rasanya yang enak dan mudah diubah suai mengikut sajian tertentu.

Itu kelebihan hidangan dihasilkan daripada tepung lemantak yang berasaskan sagu dan popular sebagai hidangan istimewa masyarakat Melanau.

Tepung lemantak ini lazimnya digunakan untuk membuat sajian seperti linut, keropok tebaloi dan lempeng.

Dikenali sebagai makanan ruji masyarakat Melanau namun hidangan ini juga digemari suku kaum lain di Sarawak.

Jini Engkabang, 63, yang mengusahakan perusahaan tepung lemantak berkata, bahan itu diperoleh daripada isi pokok rumbia yang banyak ditanam di kampungnya dekat Kampung Dit.

Menurutnya, isi pokok rumbia yang diproses menjadi tepung itu lazimnya akan dijadikan tepung sagu yang berbentuk seperti bebola kecil dan halus.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 November 2015 @ 5:24 AM