ANTARA aksi menarik dalam Kejohanan Muay Thai Piala Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Komuniti Paya Rumput.
ANTARA aksi menarik dalam Kejohanan Muay Thai Piala Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Komuniti Paya Rumput.
 MOHD Azri (tengah ) menjulang piala Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Komuniti Hang Jebat, Paya Rumput.
MOHD Azri (tengah ) menjulang piala Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Komuniti Hang Jebat, Paya Rumput.
Oleh Nazri Abu Bakar

Melaka: Bukan sekadar mencari kepuasan menumpaskan lawan di gelanggang, sebaliknya atlet sukan lasak Muay Thai, Mohd Azri Nazman, 24, menganggap pembabitan secara serius dalam sukan itu menjadikan dia lebih berdisiplin.

Mohd Azri yang mewakili Kelab Kala Merah Melaka berkata, Muay Thai yang lebih popular dengan panggilan tomoi siam mampu membentuk ketahanan mental dan fizikal.

Katanya, dia turut mendapat pelbagai maklum balas negatif mengenai sukan lasak itu apabila ada yang mengaitkannya dengan keganasan selain atlet berisiko mengalami kecederaan parah.

“Agak mengejutkan apabila ada yang mendakwa sukan lasak ini boleh menyebabkan kecederaan serius atau kerosakan otak, sebenarnya kecelakaan itu boleh dielak jika individu berkenaan mempunyai pengetahuan asas seni mempertahankan diri yang betul.

“Saya akui komitmen tinggi amat diperlukan untuk mempelajari asas seni mempertahankan diri ini sebelum boleh bergelar atlet amatur atau profesional. Belajar dengan individu yang berpengalaman terutama jurulatih dan bekas atlit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Oktober 2015 @ 8:07 AM