Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) kini mengkaji untuk menyediakan Internet jalur lebar berkelajuan lebih tinggi yang mampu dimiliki, kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata, pakej permulaan bagi jalur lebar tetap yang ditawarkan oleh Telekom Malaysia (TM) bermula pada 386 kilobit sesaat (kbps) dilanggan oleh 71 peratus rakyat Malaysia.

“Sungguhpun kini ada pakej dengan kelajuan lebih tinggi, seperti yang ditawarkan oleh Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB), 87 peratus daripada pelanggan memilih pakej 5Mps (megabit sesaat), dengan hampir tidak ada orang memilih pakej kelajuan melebihi 30 dan 50 MPS,” katanya. – BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Oktober 2015 @ 9:44 AM