THEAN Kit ketika berkhidmat dengan PDRM.
THEAN Kit ketika berkhidmat dengan PDRM.
KING Boon (kiri) menunjukkan pingat yang diterima ayahnya.
KING Boon (kiri) menunjukkan pingat yang diterima ayahnya.
Oleh Muhammad Yusri Muzamir

Georgetown: “Jika mahu berjaya, kamu perlu kerja dengan lebih kuat, tetapi jangan lupa undang-undang negara,” demikian kata pahlawan negara, Fong Thean Kit, sebelum disahkan meninggal dunia akibat kanser paru-paru di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Thean Kit, 76, yang menerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) atas keberaniannya melawan tiga penjenayah di Setapak pada 30 April 1971, menghembuskan nafas terakhir pada jam 5 pagi, Selasa lalu.

Anak ketiga mendiang, Fong King Boon, 38, berkata, mendiang sangat tegas dalam mendidik anak-anak dan selalu mengingatkan mereka tidak melanggar undang-undang, walaupun membabitkan perkara remeh.

Katanya, ayahnya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP minggu lalu, sebelum koma selepas mengalami komplikasi akibat kanser paru-paru tahap empat.

“Ayah baru dua bulan dikesan mengalami kanser sebelum tahap kesihatannya merosot sepanjang mendapat rawatan di HPP.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Oktober 2015 @ 9:42 AM