ANGGOTA keselamatan menyembur air pada jemaah haji bagi menyejukkan badan mereka.
ANGGOTA keselamatan menyembur air pada jemaah haji bagi menyejukkan badan mereka.

Mina: Wakil dari Pakistan, Mesir, Iran, India serta beberapa negara lain sudah memulakan tugas pengecaman mangsa korban insiden rempuhan yang meragut ratusan nyawa, Khamis lalu.

Dalam insiden rempuhan itu, seramai 717 jemaah terkorban, manakala ratusan lain mengalami kecederaan berikutan pertembungan dua kumpulan besar jemaah di Jalan 204 dan Jalan 223.

Jenazah dibawa ke Jabatan Forensik Muaisam dari beberapa hospital berdekatan untuk proses pengecaman serta pengkebumian.

Proses pengecaman jenazah turut dilakukan menerusi gambar pengenalan jemaah termasuk mengambil cap jari mangsa untuk dipadankan dalam maklumat Jabatan Imigresen Arab Saudi.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 September 2015 @ 5:31 AM