Kementerian Wilayah Persekutuan memberi kelulusan kepada beberapa syarikat termasuk projek pembangunan semula Pekan Ahad sebagai usaha menaik taraf Kampung Baru yang dijangka dilaksanakan dalam tempoh enam atau sembilan bulan lagi.

Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, usaha naik taraf itu membabitkan kawasan tertentu di Kampung Baru, namun ia menjadi pemangkin serta daya penarik kepada pelancong serta pelabur.

Berdasarkan perancangan, kerja pembaikan jalan turut dibuat termasuk mewujudkan taman mini, pintu gerbang, meningkatkan pencahayaan serta sistem penyuraian trafik lebih efisien.

“Kita beri kelulusan kepada beberapa syarikat untuk bangunkan dalam kawasan tertentu dan ia membantu sebagai kaedah atau pemangkin kepada pelabur,” katanya selepas merasmikan Volunteer Malaysia@Kampung Bharu, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 September 2015 @ 5:11 AM