ROHANI bersama anak dan suami ditemui di restoran nasi kandar yang berdekatan dengan tempat tinggal sementara mereka di Surau PERKIM.
ROHANI bersama anak dan suami ditemui di restoran nasi kandar yang berdekatan dengan tempat tinggal sementara mereka di Surau PERKIM.

Bukit Mertajam: “Saya bersyukur kerana ada pihak yang membantu kami sekeluarga,” kata Rohani Abdullah yang sebelum ini terpaksa tidur di pondok kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru, di sini, bersama keluarga selepas dihalau dari bilik sewa.

Rohani, 26, berkata, dia berterima kasih kepada wakil pihak Zakat Pulau Pinang (ZPP) yang tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka.

Menurutnya, dia begitu terharu apabila nasib malang yang menimpa mereka mendapat perhatian hinggakan wakil ZPP berkenaan tampil secara mengejut tanpa menghubungi mereka terlebih dulu.

“Wakil ZPP tidak menghubungi kami sebelum mereka datang, malah berjaya menemui kami tiga beranak yang ketika itu berada di pusat beli-belah berhampiran surau PERKIM (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia).

“Mereka menyapa kami dan memberi salam serta menyatakan hasrat untuk cuba membantu sedaya upaya dan sebaik mungkin mengubah kehidupan kami dengan lebih selesa,” katanya.

Dia berkata, suami dan anak yang baru berusia dua tahun menerima bantuan segera wang tunai RM200 daripada wakil ZPP.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 September 2015 @ 11:22 AM