Jemaah haji berurusan di kaunter kewangan TH di Madinah.
Jemaah haji berurusan di kaunter kewangan TH di Madinah.

Madinah: Jemaah haji Malaysia boleh memanfaatkan kemudahan kaunter kewangan Tabung Haji (TH) untuk membayar dam dan korban bagi melancarkan ibadat mereka.

Pengarah Operasi Kewangan TH di Tanah Suci Anisuati Yahya berkata, operasi kaunter berkenaan yang turut membabitkan transaksi pengeluaran wang bermula sejak 15 Ramadan lalu.

Beliau berkata, kemudahan itu memudahkan urusan kewangan jemaah haji yang berada di Tanah Suci.

Menurutnya, kadar dam ditetapkan TH untuk kibas ialah SR445 (RM431) manakala unta SR3,000 (RM2,990).

“Kita juga menyediakan perkhidmatan korban iaitu korban kibas dan unta.

“Korban kibas ialah SR475 (RM460) dan unta SR3,500 (RM3,365), nilai mata wang itu ditetapkan pada 15 Ramadan lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Ogos 2015 @ 8:25 AM