Shah Alam: Walaupun sedar risiko ditipu dalam urusan jual beli dalam talian, masyarakat masih mudah terpedaya dengan perniagaan terbabit dan ia dibuktikan melalui 302 kes penipuan jual beli menggunakan kaedah itu dilaporkan di negeri ini membabitkan kerugian RM1.5 juta sepanjang Januari hingga Mei lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor Asisten Komisioner Mohd Sakri Arifin berkata, jumlah laporan polis yang diterima akan terus meningkat jika masyarakat mengambil sikap sambil lewa terhadap urus niaga berkenaan.

“Individu berkaitan pula giat menggunakan taktik menjual pelbagai barangan secara dalam talian kerana ia mendapat sambutan baik daripada masyarakat.

“Berdasarkan rekod jumlah kes, kami dapati semua mangsa adalah rakyat tempatan. Mangsa gagal menerima barangan yang ditempah walaupun bayaran dibuat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2015 @ 6:31 AM