MUSTAPA (kiri) bersama Ju Mengjun (tiga dari kiri) di Balai Berita, semalam.
MUSTAPA (kiri) bersama Ju Mengjun (tiga dari kiri) di Balai Berita, semalam.

Kuala Lumpur: Xinhua News Agency komited untuk menjalin kerjasama profesional dengan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) menerusi perkongsian idea dan kepakaran antara kedua-dua organisasi media itu.

Presiden Xinhua News Agency Biro Pasifik Ju Mengjun berkata, kepakaran dan idea bernas daripada NSTP sangat diperlukan untuk menambah baik perkhidmatan dari semasa ke semasa.

“Persefahaman yang baik di antara dua agensi dianggap penting bagi menjalin kerjasama lebih erat.

“Ia juga dapat memperkukuhkan hubungan dua hala di antara organisasi media dalam perkongsian maklumat,” katanya, semalam.

Hadir sama meraikan rombongan itu Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar, Pengarang Kumpulan Berita Harian Datuk Mahfar Ali, Pengarang Kumpulan NST Mustapha Kamil Mohd Janor, Pengarang Eksekutif Berita dan Hal Ehwal Semasa Harian Metro, Shariffudin Mohamed, Pengarang Eksekutif, Rencana dan Digital Berita Harian Ahmad Zaini Kamaruzaman dan Pengarang Eksekutif Berita NST, Muzli Mohammad Zin.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2015 @ 7:19 AM