PENIAGA mempamerrkan tanda harga barangan kawalan.
PENIAGA mempamerrkan tanda harga barangan kawalan.
 TINJAUAN harga ikan di Pasar Chow Kit
TINJAUAN harga ikan di Pasar Chow Kit
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

Kuala Lumpur: Kebanyakan barangan kawalan seperti ayam, daging dan ikan dijual pada harga yang ditetapkan mengikut Skim Kawalan Harga Musim Perayaan 2015 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Tinjauan Harian Metro di dua pasar utama di ibu negara, Pasar Chow Kit dan Pasar Pudu, semalam, mendapati rata-rata peniaga mematuhi skim kawalan harga berkenaan yang dilaksanakan sempena sambutan Aidilfitri kali ini.

Harga runcit ayam proses contohnya dijual pada RM7.70 sekilogram, daging lembu tempatan sekitar RM28 hingga RM29.50 sekilogram manakala daging import, RM16 sekilogram.

Peniaga ayam, Husin Mohamad, 38, berkata, kebanyakan peniaga terutama di pasar utama seperti Pasar Chow Kit menjual mengikut harga yang ditetapkan KPDNKK.

Beliau berkata, pada hari biasa, dia mampu menjual kira-kira 200 ekor ayam sehari namun pada musim perayaan, jualannya meningkat hampir 500 ekor ayam (sehari).

Katanya, meskipun permintaan ketika musim perayaan meningkat berkali ganda namun peniaga tidak dibenarkan menaikkan harga sesuka hati.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Julai 2015 @ 6:52 AM