Kajang: Enggan memulangkan telefon bimbit dipinjam menyebabkan seorang lelaki putus urat tangan selepas ditikam dengan pisau oleh seorang lelaki warga Myanmar.

Dalam kejadian jam 10.45 malam Sabtu lalu, mangsa berusia 25 tahun itu turut patah jari kanannya selepas diserang suspek yang datang ke rumahnya di Taman Cheras Jaya, Balakong di sini.

Difahamkan, kejadian berpunca apabila mangsa tidak mahu memulangkan telefon dipinjam sejak sebulan lalu.

“Difahamkan mereka kenalan baik sejak tahun lalu. Malah, mangsa sering meminjam wang daripada suspek.

“Pada malam kejadian, suspek pergi ke rumah mangsa menuntut telefon bimbitnya, namun mangsa enggan,” katanya.

Dia berkata, suspek yang marah pulang ke rumahnya di Taming Jaya di sini, dan datang semula ke rumah mangsa dengan membawa sebilah pisau.

“Suspek terus menyerang mangsa menyebabkan berlaku pergelutan sebelum suspek menikam tangan mangsa.

“Bagaimanapun, suspek berjaya ditahan orang awam yang menyaksikan kejadian itu sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2015 @ 5:18 AM