Butterworth: Penduduk Pangsapuri Ayer Tawar Indah di sini, masih trauma dan tidak menyangka dengan kejadian menyayat hati menimpa Muhammad Adam Qhalish Hairul Anuar, 4, yang maut selepas terjatuh dari tingkat sembilan rumahnya, kelmarin.

Kanak-kanak itu dipercayai memanjat kotak berhampiran tingkap sebuah bilik tidak berkunci di rumahnya sebelum keluar lalu terjatuh ke dalam longkang dari tingkat sembilan pangsapuri setinggi 11 tingkat itu, kira-kira jam 11 pagi.

Jiran mangsa, Suhbunisha Begam, 34, berkata, kejadian itu ternyata memberi kesan kepada penduduk dan lebih menyedihkan selepas mengetahui mangsa terjatuh selepas cuba keluar dari tingkap yang tidak dipasang jeriji besi.

“Pemasangan jeriji besi satu kemestian bagi setiap keluarga yang tinggal di pangsapuri sama ada rumah berkenaan disewa atau dibeli.

“Saya mempunyai empat anak yang masih kecil dan memasang jeriji satu kemestian bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2015 @ 9:06 AM