Kuala Lumpur: “Saya kagum dengan sikap bertolak-ansur, kesefahaman dan penerimaan nilai serta budaya diamalkan tanpa ekstrem,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengimbas kembali lawatan dua hari beliau ke Sarawak mulai Isnin lalu.

Najib berharap keamanan dan kesejahteraan itu berkekalan di Bumi Kenyalang.

Beliau lebih yakin bahawa Kerajaan Sarawak bekerja keras bagi memastikan semua etnik dan kaum hidup aman serta harmoni.

“Saya baru saja pulang semalam (kelmarin) dari lawatan dua hari ke Sarawak. Setiap lawatan ke sana memberi saya perspektif lebih mendalam mengenai cara kehidupan dan keadaan pembangunan di sana, terutama apabila saya melawat kawasan pedalaman,” kata beliau dalam catatan terbaru di blog NajibRazak.com semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Jun 2015 @ 8:06 AM