PELBAGAI jenis tumbuhan dan landskap dihias  cantik.
PELBAGAI jenis tumbuhan dan landskap dihias cantik.
Oleh Mohd Husni Mohd Noor

Putrajaya: Melentur buluh biar daripada rebungnya. Itu usaha dilakukan Jabatan Landskap dan Taman Perbadanan Putrajaya (PPj) bagi memastikan kanak-kanak dan belia di sekitar Putrajaya didedahkan dengan isu dan pengetahuan alam sekitar.

Memupuk kesedaran memulihara alam sekitar pada usia muda adalah hasrat semua pihak termasuk PPj, malah ia juga sebahagian usaha menyemai rasa cinta kepada alam sekitar.

PPj menerusi Jabatan Landskap dan Taman dengan kerjasama Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PHSB) dan Yayasan Anak Warisan (YAWA) mula menyemai prinsip cintakan alam sekitar kepada kanak-kanak selain menganjurkan beberapa program jangka panjang bertujuan melihat pembangunan Putrajaya terus mampan.

Program Membina Hijau antara aktiviti diperkenalkan bertujuan menerapkan kesedaran berkaitan kepentingan menjaga alam sekeliling dengan sempurna dan memberi peluang kepada kanak-kanak dan pelajar mendapatkan pengalaman sebenar terutama mengenali, mengutip, menyemai, menjaga, menanam anak benih dan seterusnya menjaga persekitaran di sekitar mereka.

Pengarah (Bahagian Taman dan Rekreasi) Jabatan Landskap dan Taman Perbadanan Putrajaya (PPj) Noriah Mat berkata, program berkenaan antara dirancang menerusi Lokal Agenda 21 (LA21) Putrajaya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mei 2015 @ 7:38 AM